Sejarah Operasi C-130_Hercules

C-130 Hercules melakukan pendaratan dan pelepasan dari kapal pengangkut pesawat USS Forrestal pada 1963.

Tentera

C-130 mencatat sejarah pada 8 November, 21 November dan 22 November 1963 apabila C-130 membuat pendaratan di atas kapal USS Forrestal. C-130 mencatat rekod untuk pesawat terberat dan terbesar mendarat di atas kapal induk Tentera laut. Ujian itu berjaya tetapi idea tersebut di anggap terlalu merbahaya untuk operasi COD biasa (Penghantaran Atas Kapal Induk Carrier On-board Delivery").

Awam

Pada hujung tahun 1980-an, 22 buah kapal terbang C-130A milik Tentera Udara A.S yang telah dibersarakan dikeluarkan daripada simpanan di Pangkalan Tentera Udara Davis-Monthan dan dipindahkan ke Perkhidmatan Perhutanan A.S yang mana kemudiannya telah menjual kapal terbang ini kepada 6 syarikat persendirian untuk diubah suai kepada kapal terbang penangki udara untuk digunakan dalam melawan kebakaran hutan (lihat skandal kapal terbang penangki udara Perkhidmatan Perhutanan A.S). Selepas 2 buah kapal terbang ini terhempas disebabkan oleh sayapnya tertanggal semasa dalam penerbangan angkara "rekahan tekanan lesu" (fatigue stress cracking), keseluruhan angkatan kapal terbang C-130A tidak lagi dibenarkan untuk digunakan pada tahun 2004.

Kapal terbang C-130 milik Tentera Udara Australia digunakan untuk membawa seorang pesakit seberat 530 paun (240 kg) kerana ketiadaan ambulans atau pesawat yang cukup besar untuk mengangkutnya. Walaupun pesakit wanita ini cukup sihat untuk diangkut melalui jalan darat dari Mt. Isa ke Townsville, Perkhidmatan Ambulans Queensland tidak mempunyai kenderaan untuk membawanya.[1]